DNA Energy Walit Stevia

Posted by jus walit


Stevia Pemanis Semulajadi


Pengenalan


Stevia merupakan 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun ke-19 oleh Dr.Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya sebagai Stevia Rebuadiani Bertoni sebagai pennghormatan kepada ahli kimia Paraguay. Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis adalah stevia dari spesies Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf atau sweet herb.


Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan adalah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Daunya berbentuk bujur. Batangnya halus dann bergerutu. Dalam keadaan optimum Stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil warna putih.


Kegunaan Stevia


Kegunaan Stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada kurun ke-19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun Stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.


Ia mula dikaji oleh seorang ahli botani Paraguay yang bernama Moises S.Bertoni yang kemudiannya menulius antara artikel-artikel awal mengenai Stevia pada awal kurun ke-19. Ciri yang paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.


Kajian terhadap toksidnya,mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan.


Khasiat Stevia

  1. Mengimbangi kandungan gula dalam badan.
  2. Menurunkan kadar gula yang terdapat di dalam darah sesuai untuk pesakit diabetes dan hypoglycemia.
  3. Melawaskan pembuangan air kencing.
  4. Meningkatkan kadar tenaga di dalam tubuh badan.
  5. Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda.
  6. Membantu sistem penghadaman makanan.
  7. Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
  8. Berupaya mengawal berat badan (Obesiti).
  9. Mengurangkan masalah keradangan.

DNA Energy Walit Ginseng

Posted by jus walit

Ginseng Raja Herba


Pengenalan


Khasiat kesihatan Ginseng telah terbukti sejak dahulu lagi dan telah disahkan juga oleh kajian sains. Masyarakat Cina telah menggunakannya sejak 5000 tahun dahulu. Ia telah dicatatkan dalam rekod perubatan Sheng Nong Beng Cao Jing sebagai herba perubatan yang disanjug tinggi dan boleh dimakan secara berterusan dan tidak mempunyai kesan sampingan toksid.


Nama botanikal ginseng, Panaz Ginseng telah diberikan oleh seorang saintis Rusia pada 150 tahun yang lalu. Panax bermaksud 'panacea' iaitu penawar untuk semua jenis penyakit. Ginseng juga dikenali kerana khasiat penyuburnya di Yuan Qi iaitu tenaga penjana kehidupan, memulihkan limfa dan menguatkan fungsi paru-paru, menenangkan fikiran dan merangsang fungsi mental.


Selain itu, ginseng juga boleh memulihkan rasa lemah badan, melancarkan perkumuhan disamping menghilangkan dahaga. Beberapa tahun kebelakangan ini, kajian telah menunjukkan bahawa buah ginseng mempunyai khasiat kesihatan yang lebih daripada akarnya.




Keistimewaan Ginseng


Baru-baru ini buah Ginseng telah menarik perhatian ramai kerana ia didapati mempunyai 4 kali ganda lebih banyak saponin atau ginsenosides-fitokomia (kimia tumbuhan) di dalam ginseng berbanding dengan akar ginseng. Sekumpulan saponin memiliki tindakan merangsang (yang) manakal kumpulan lain mempunyai tindakan menstabilkan (yin).


Tindakan kedua-dua kumpulan saponin ini adalah diimbangi di dalam buah Ginseng, yang membantu menambah kesihatan badan. Oleh kerana tu, tidak dapat dinafikan kebanayakan khasiat Ginseng datangnya dari buah Ginseng. Ini ditunjukkan oleh analisa berikut yang dijalankan oleh Profesor Kawamura daripada Pusat Penyelidikan Farmakologi Tokyo.


Kajian telah membuktikan bahawa kandungan saponin dan khasiat yang lebih tinggi telah menyebabkan buah Ginseng lebih mujarab daripada akarnya. Ginseng dianggap sebagai Raja Herba, manakala buah Ginseng sebagai Raja Ginseng.


Sumber : Universiti Kebangsaan Malaysia




Khasiat Ginseng
  1. Memperlahankan proses penuaan pada kulit agar muda remaja.
  2. Meningkatkan pengeluaran sel darah merah.
  3. Meningkatkan stamina dan ketahanan.
  4. Mencegah terkencing semasa tidur.
  5. Memulihkan masalah jantung.
  6. Berkhasiat untuk menghindari penyakit kanser.
  7. Menghindari penyakit kencing manis.
  8. Mengatasi penyakit rematik.
  9. Mengatasi rasa tegang dan stres berlebihan.
  10. Meredakan situasi menopause.
  11. Melegakan keletihan dengan segera.
  12. Membuatkan sentiasa merasa cergas.
  13. Meningkatkan fungsi paru-paru.
  14. Penyembuhan penyakit 'dingin seks'.
  15. Mengaktifkan sel saraf.

 

Powered By Blogger Widgets